Wednesday, 29 May 2013

Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia

PULAU PERHENTIAN KECIL


Pulau Perhentian Kecil (Perhentian Small Island), Pulau Perhentian, terletak di Terengganu, antara pulau-pulau terindah & terpelihara di Malaysia.  Kalau di semenanjung, Pulau Perhentian memang paling cantik.  Air bukan hijau atau biru, tapi memang putih "crystal clear".  Hidupan laut di Pulau Perhentian ini pun "friendly"! 





Pulau Perhentian Kecil ini memang terkenal dikalangan pelancong-pelancong asing bukan saja disebabkan oleh keindahannya, tetapi juga terkenal kerana "night entertainment" di Long Beach.  Setiap malam, ramai yang akan ke Long Beach untuk bersantai sambil menikmati muzik & live band performance di Beach Bar yang terdapat di Long Beach.  Pertunjukan "Fire Juggle" pun ada! Memang meriah! Bagi yang menginap di area Coral Bay, bermula jam 10 malam, ramai yang akan berjalan ke Long Beach.  Dalam 10 minit boleh sampai.  Yang menginap di Pulau Perhentian Besar pun ada yang datang ke Long Beach setiap malam dengan menaiki "water taxi".





Beberapa tahun lepas, tak ramai Malaysian yang masuk ke Pulau Perhentian Kecil. Sebab tak ramai yang tahu betapa "happening"nya Pulau Perhentian Kecil ini. Sekarang, semua berpusu-pusu masuk ke Pulau Perhentian Kecil sampai kadang-kadang bilik kosong tak ada langsung. Nak selamat, lebih baik buat "reservation" awal-awal. Kalau tak, silap-silap kena keluar pulau balik. Kan dah rugi! Pulau Perhentian Kecil ini memang banyak resort & chalet, tapi jumlah bilik atau chalet nya terhad tak mampu menampung ramai pelancong dalam satu masa.  Itu sebab lah Pulau Perhentian Kecil ini selalu penuh lebih-lebih lagi hujung minggu.  Seawal bulan Febuari lagi kita sudah terima tempahan untuk bulan Mei da bulan Jun.  Sebab mereka tahu susah nak dapat bilik kalau buat tempahan "last minute". Silap-silap memang tak ada bilik langsung.

Bagi yang suka menikmati keindahan alam sekitar, di Pulau Perhentian Kecil ini boleh pergi "hiking" ke Kincir Angin bagi menikmati pemandangan yang memang "superb"! Sudah letih "hiking", boleh berehat sebentar di pantai dibawah Kincir Angin. 




Nak tahu tentang pakej-pakej menarik Pulau Perhentian? Boleh hubungi:

HP: ENSHAHDI @ 016 900 1228
DYANA @ 012 272 7400
EMAIL: ombakresort@gmail.com

1 comment:

  1. Anda boleh memilih daripada pakej Pulau Perhentian disediakan ini untuk menginap. pakej pulau perhentian murah

    ReplyDelete