Aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian Kecil
Di Pulau Perhentian Kecil ini banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Antara aktiviti yang selalu dilakukan pelancong-pelancong asing mahupun tempatan bagi mengisi waktu dan juga sebagai senaman:
*Snorkelling. Di Pulau Perhentian memang wajib snorkelling. Keindahannya bukan saja terhad kepada keindahan muka buminya, tetapi juga keindahan dasar lautnya yang sememangnya sangat cantik. Hidupan laut yang pelbagai spesis mendiami setiap inci dasar lautnya. Kerana itulah Pulau Perhentian merupakan pulau yang terkenal. Tidak terhad kepada "divers", yang tak boleh "diving" pun boleh juga menikmati keindahan dasar lautnya dengan aktiviti snorkeling. Bagi yang berminat, boleh join snorkelling trip Ombak Resort kita mempunyai team snorkelling terbaik di Pulau Perhentian Kecil.
*Kayak. Bagi yang suka berkayak, boleh menyewa kayak di Ombak Resort dengan kadar RM 35 - RM 40 ("half day rental"). Anda boleh berkayak dari satu pantai ke pantai lain yang berdekatan. Ini merupakan alternatif kepada "island hopping tour" yang selalunya dilakukan dengan menyewa bot atau "water taxi".
*Hiking ke Kincir Angin. Antara pulau-pulau di Malaysia ini, Pulau Perhentian Kecil saja yang menpunyai kincir angin. Terletak strategik di atas puncak D'Lagoon. Bagi yang suka aktiviti yang agak lasak dan suka menikmati pemandangan indah dari puncak, boleh la cuba. Selepas penat "hiking" boleh berehat di pantai yang terdapat betul-betul dibawah Kincir Aingin. Bagi yang ingin mencuba, disarankan memulakan pendakian anda diawal pagi. Untuk sampai ke puncak, ia mengambil masa dalam 30-45 minit (bergantung kepada kemampuan individu).
*Trekking ke Kampung Nelayan. Selain dari "hiking", anda juga boleh "trekking" ke Kampung Nelayan.
Nak tahu tentang pakej-pakej menarik Pulau Perhentian? Boleh hubungi:
HP: ENSHAHDI @ 016 900 1228
DYANA @ 012 272 7400
EMAIL: ombakresort@gmail.com
FACEBOOK/TWITTER: Ombak Resort - Pulau Perhentian Kecil
WEBSITE: www.ombakresort.com
Ianya terdiri daripada Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar dan terdapat pelbagai flora dan fauna yang hidup di pulau ini. Pulau Perhentian Pakej
ReplyDelete