Friday, 31 May 2013

Hendak ke Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia?

Nak bercuti ke Pulau Perhentian Kecil tapi tak tahu macam mana nak ke sana?  



Pulau Perhentian Kecil, merupakan sebahagian dari Pulau Perhentian, yang terletak di negeri Terengganu, Malaysia.  Untuk masuk ke Pulau Perhentian, anda perlu menaiki "speed boat" dari Jeti Kuala Besut.  

Anda boleh ke Kuala Besut dengan: 1) menaiki bas ekspress, 2) menaiki kapal terbang, 3) menaiki keretapi, atau 4) memandu kenderaan sendiri.




Bagi yang menaiki bas ekspress, anda boleh mendapatkan tiket bas dengan membeli terus dari kaunter atau melalui "online" di www.eticketing.my ke Hentian Bas Kuala Besut yang terletak berdekatan dengan jeti. Sebaik sampai di Hentian Bas Kuala Besut, anda boleh terus ke jeti untuk mendapatkan tiket "speed boat" untuk masuk ke Pulau Perhentian Kecil.  Bot untuk masuk ke Pulau Perhentian Kecil ada seawal jam 8 pagi hingga jam 4 petang.  Bagi yang sampai di Hentian Bas Kuala Besut pada lewat malam atau awal pagi, anda boleh berehat di hotel bajet yang terdapat di sekitar kawasan Hentian Bas Kuala Besut seperti T'Lodge, Samudra dan lain-lain (harga bilik atau dorm bermula RM 40 hingga RM 150).




Bagi yang menaiki kapal terbang, anda boleh menaiki pesawat Air Asia atau Firefly.  Adalah disarankan untuk ke Lapangan Terbang Kota Bharu yang hanya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Jeti Kuala Besut.  Berbanding dengan yang ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu yang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Jeti Kuala Besut.  Dari Lapangan Terbang Kota Bharu anda boleh menaiki teksi dengan kadar bayaran RM 78++ untuk perjalanan sehala atau boleh menyewa van dengan kadar RM 400 bagi perjalanan pergi dan balik (lapangan terbang-jeti-lapangan terbang).




Bagi yang menaiki keretapi, anda boleh menaiki keretapi Intercity Keretapi Tanah Melayu (KTM) ke Stesen Tanah Merah.  Dari Stesen Tanah Merah ke Jeti Kuala Besut akan mengambil masa 45 minit.



Bagi yang memandu kenderaan sendiri, dari Kuala Lumpur melalui Kuala Terengganu: Lebuhraya Karak - Bentong - Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Jerteh - Kuala Besut. Dari Johor Bharu melalui Mersing: Mersing - Pekan - Kuantan - Kuala Terengganu - Kuala Besut. Dari Johor Bharu melalui Segamat (Lebuhraya Tun Razak): Johor Bharu - Yong Peng - Segamat - Kuantan - Kuala Terenganu - Kuala Besut. Dari Penang melalui Lebuh Raya Timur Barat: Penang - Lebuhraya Kulim Grik - Baling - Grik - Lebuhraya Timur Barat - Jeli - Jerteh - Kuala Besut. Dari Kota Bharu melalui Jerteh: Kota Bharu - Jerteh - Kuala Besut. Sebaik tiba di Kuala Besut, terdapat beberapa tempat meletak kenderaan bagi meletak kenderaan anda dengan kadar bayaran serendah RM 5++.

Sila patuhi undang-undang untuk keselamatan anda dan orang tersayang!  Semoga anda berjaya sampai dengan selamat! 


5 comments:

  1. boleh x sy tau bas ape yg boleh sampai ke kuala besut? sebab sy call trans die x hantar ke hentian bas kuala besut.. btw, tq for the info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak gi cuti raya haji ni, 5/10/14 , tapi sehari untuk ke tempat snokeling saja. boleh saya tapi adakah servis macam ini.

      Delete
  2. Assalamualikum..
    dari KL (Hentian Putra) - Kota Bharu : naik bas
    lepas tu
    dari Kota Bharu ---> Kuala Besut naik bas jugak..
    berapa Rm tiketBas dari Kota bharu kekuala besut?

    ReplyDelete
  3. Untuk pakej perhentian boleh terus menghubungi saya 017-4027174 atau boleh usha akaun ig/fb saya

    ReplyDelete