Monday, 3 June 2013

PROMOSI BULAN JUN 2013! TERHAD UNTUK PAKEJ 3 HARI 2 MALAM SNORKELING DI OMBAK RESORT, PULAU PERHENTIAN KECIL, PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU, MALAYSIA.


Stress bekerja? Baru ada masa untuk bercuti? Jom bercuti di Pulau Perhentian Kecil!  Jangan lepaskan peluang untuk bercuti walaupun dalam "super peak season" ini!  

Promosi untuk bulan Jun 2013 bagi pakej 3 hari 2 malam snorkeling bersama "team snorkeling" Ombak Resort yang terbaik di Pulau Perhentian Kecil.

PROMOSI PAKEJ 3 HARI 2 MALAM SNORKELING JUN 2013
***TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT***


Dua orang sebilik
***Bilik kipas

Normal rates : RM 445 / RM 485 seorang
PROMO RATES : RM 405 / RM 445 SEORANG


Dua orang sebilik
***Bilik berhawa dingin

Normal rates : RM 525 seorang
PROMO RATES : RM 485 SEORANG


Tiga orang sebilik
***Bilik berhawa dingin

Normal rates : RM 445 seorang
PROMO RATES : RM 405 SEORANG


Empat orang sebilik
***Bilik berhawa dingin

Normal rates : RM 440 seorang
PROMO RATES : RM 400 SEORANG



Pakej termasuk:
*      Penginapan untuk 2 malam di Ombak Resort.
*      Bilik dilengkapi kipas angin / penghawa dingin, bilik air, 24 jam bekalan elektrik.
*      2x sarapan pagi, 1x hidangan makan malam & 1x hidangan makan malam BBQ.
*      1x Fullday Snorkeling trip ke 5 snorkeling sites.
(underwater photography services disediakan)
*  Kelengkapan snorkelling.
*      Pengangkutan pergi - balik dengan bot laju (Jeti Besut - Pulau - Jeti Besut)



SYARAT2 BAGI MENDAPATKAN HARGA PROMOSI JUN 2013 SEPERTI DIATAS:

***Harga promosi boleh digunapakai bagi yang nak travel pada:
3 – 5, 4 – 6, 9 – 11, 10 – 12, 11 – 13, 16 – 18, 17 – 19, 18 – 20, 19 – 21, 23 – 25, 24 – 26, 25 – 27, 26 – 28, 28 – 30
***untuk bulan JUN 2013 SAHAJA!
***Untuk PAKEJ SNORKELING 3 HARI 2 MALAM sahaja.
***Boleh digunapakai bagi individual dan juga berkumpulan.


HUBUNGI DAN TEMPAH SEKARANG UNTUK MENGELAK KETIADAAN BILIK

UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI atau WHATSAPP :
HP: ENSHAHDI @ 016 900 1228
DYANA @ 012 272 7400
EMAIL: ombakresort@gmail.com
                                                                               

***SAH PADA TARIKH YANG DINYATAKAN DIATAS sahaja!
***50% bayaran deposit diperlukan untuk tempahan.
***BAKI BAYARAN MESTI DIJELASKAN 14 HARI SEBELUM TARIKH CHECK-IN.
***Tiada tempahan akan dibuat selagi tiada bayaran deposit diterima.
***Kekosongan bilik adalah terhad!
***Siapa cepat, dia dapat!

Friday, 31 May 2013

Hendak ke Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia?

Nak bercuti ke Pulau Perhentian Kecil tapi tak tahu macam mana nak ke sana?  



Pulau Perhentian Kecil, merupakan sebahagian dari Pulau Perhentian, yang terletak di negeri Terengganu, Malaysia.  Untuk masuk ke Pulau Perhentian, anda perlu menaiki "speed boat" dari Jeti Kuala Besut.  

Anda boleh ke Kuala Besut dengan: 1) menaiki bas ekspress, 2) menaiki kapal terbang, 3) menaiki keretapi, atau 4) memandu kenderaan sendiri.




Bagi yang menaiki bas ekspress, anda boleh mendapatkan tiket bas dengan membeli terus dari kaunter atau melalui "online" di www.eticketing.my ke Hentian Bas Kuala Besut yang terletak berdekatan dengan jeti. Sebaik sampai di Hentian Bas Kuala Besut, anda boleh terus ke jeti untuk mendapatkan tiket "speed boat" untuk masuk ke Pulau Perhentian Kecil.  Bot untuk masuk ke Pulau Perhentian Kecil ada seawal jam 8 pagi hingga jam 4 petang.  Bagi yang sampai di Hentian Bas Kuala Besut pada lewat malam atau awal pagi, anda boleh berehat di hotel bajet yang terdapat di sekitar kawasan Hentian Bas Kuala Besut seperti T'Lodge, Samudra dan lain-lain (harga bilik atau dorm bermula RM 40 hingga RM 150).




Bagi yang menaiki kapal terbang, anda boleh menaiki pesawat Air Asia atau Firefly.  Adalah disarankan untuk ke Lapangan Terbang Kota Bharu yang hanya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Jeti Kuala Besut.  Berbanding dengan yang ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu yang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Jeti Kuala Besut.  Dari Lapangan Terbang Kota Bharu anda boleh menaiki teksi dengan kadar bayaran RM 78++ untuk perjalanan sehala atau boleh menyewa van dengan kadar RM 400 bagi perjalanan pergi dan balik (lapangan terbang-jeti-lapangan terbang).




Bagi yang menaiki keretapi, anda boleh menaiki keretapi Intercity Keretapi Tanah Melayu (KTM) ke Stesen Tanah Merah.  Dari Stesen Tanah Merah ke Jeti Kuala Besut akan mengambil masa 45 minit.



Bagi yang memandu kenderaan sendiri, dari Kuala Lumpur melalui Kuala Terengganu: Lebuhraya Karak - Bentong - Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Jerteh - Kuala Besut. Dari Johor Bharu melalui Mersing: Mersing - Pekan - Kuantan - Kuala Terengganu - Kuala Besut. Dari Johor Bharu melalui Segamat (Lebuhraya Tun Razak): Johor Bharu - Yong Peng - Segamat - Kuantan - Kuala Terenganu - Kuala Besut. Dari Penang melalui Lebuh Raya Timur Barat: Penang - Lebuhraya Kulim Grik - Baling - Grik - Lebuhraya Timur Barat - Jeli - Jerteh - Kuala Besut. Dari Kota Bharu melalui Jerteh: Kota Bharu - Jerteh - Kuala Besut. Sebaik tiba di Kuala Besut, terdapat beberapa tempat meletak kenderaan bagi meletak kenderaan anda dengan kadar bayaran serendah RM 5++.

Sila patuhi undang-undang untuk keselamatan anda dan orang tersayang!  Semoga anda berjaya sampai dengan selamat! 


Aktiviti di Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia.

Aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian Kecil

Di Pulau Perhentian Kecil ini banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Antara aktiviti yang selalu dilakukan pelancong-pelancong asing mahupun tempatan bagi mengisi waktu dan juga sebagai senaman:



*Snorkelling. Di Pulau Perhentian memang wajib snorkelling. Keindahannya bukan saja terhad kepada keindahan muka buminya, tetapi juga keindahan dasar lautnya yang sememangnya sangat cantik.  Hidupan laut yang pelbagai spesis mendiami setiap inci dasar lautnya. Kerana itulah Pulau Perhentian merupakan pulau yang terkenal. Tidak terhad kepada "divers", yang tak boleh "diving" pun boleh juga menikmati keindahan dasar lautnya dengan aktiviti snorkeling. Bagi yang berminat, boleh join snorkelling trip Ombak Resort kita mempunyai team snorkelling terbaik di Pulau Perhentian Kecil.


*Kayak. Bagi yang suka berkayak, boleh menyewa kayak di Ombak Resort dengan kadar RM 35 - RM 40 ("half day rental").  Anda boleh berkayak dari satu pantai ke pantai lain yang berdekatan.  Ini merupakan alternatif kepada "island hopping tour" yang selalunya dilakukan dengan menyewa bot atau "water taxi"



*Hiking ke Kincir Angin.  Antara pulau-pulau di Malaysia ini, Pulau Perhentian Kecil saja yang menpunyai kincir angin. Terletak strategik di atas puncak D'Lagoon. Bagi yang suka aktiviti yang agak lasak dan suka menikmati pemandangan indah dari puncak, boleh la cuba. Selepas penat "hiking" boleh berehat di pantai yang terdapat betul-betul dibawah Kincir Aingin.  Bagi yang ingin mencuba, disarankan memulakan pendakian anda diawal pagi.  Untuk sampai ke puncak, ia mengambil masa dalam 30-45 minit (bergantung kepada kemampuan individu).


*Trekking ke Kampung Nelayan. Selain dari "hiking", anda juga boleh "trekking" ke Kampung Nelayan. 


Nak tahu tentang pakej-pakej menarik Pulau Perhentian? Boleh hubungi:

HP: ENSHAHDI @ 016 900 1228
DYANA @ 012 272 7400
EMAIL: ombakresort@gmail.com

Wednesday, 29 May 2013

Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia

PULAU PERHENTIAN KECIL


Pulau Perhentian Kecil (Perhentian Small Island), Pulau Perhentian, terletak di Terengganu, antara pulau-pulau terindah & terpelihara di Malaysia.  Kalau di semenanjung, Pulau Perhentian memang paling cantik.  Air bukan hijau atau biru, tapi memang putih "crystal clear".  Hidupan laut di Pulau Perhentian ini pun "friendly"! 





Pulau Perhentian Kecil ini memang terkenal dikalangan pelancong-pelancong asing bukan saja disebabkan oleh keindahannya, tetapi juga terkenal kerana "night entertainment" di Long Beach.  Setiap malam, ramai yang akan ke Long Beach untuk bersantai sambil menikmati muzik & live band performance di Beach Bar yang terdapat di Long Beach.  Pertunjukan "Fire Juggle" pun ada! Memang meriah! Bagi yang menginap di area Coral Bay, bermula jam 10 malam, ramai yang akan berjalan ke Long Beach.  Dalam 10 minit boleh sampai.  Yang menginap di Pulau Perhentian Besar pun ada yang datang ke Long Beach setiap malam dengan menaiki "water taxi".





Beberapa tahun lepas, tak ramai Malaysian yang masuk ke Pulau Perhentian Kecil. Sebab tak ramai yang tahu betapa "happening"nya Pulau Perhentian Kecil ini. Sekarang, semua berpusu-pusu masuk ke Pulau Perhentian Kecil sampai kadang-kadang bilik kosong tak ada langsung. Nak selamat, lebih baik buat "reservation" awal-awal. Kalau tak, silap-silap kena keluar pulau balik. Kan dah rugi! Pulau Perhentian Kecil ini memang banyak resort & chalet, tapi jumlah bilik atau chalet nya terhad tak mampu menampung ramai pelancong dalam satu masa.  Itu sebab lah Pulau Perhentian Kecil ini selalu penuh lebih-lebih lagi hujung minggu.  Seawal bulan Febuari lagi kita sudah terima tempahan untuk bulan Mei da bulan Jun.  Sebab mereka tahu susah nak dapat bilik kalau buat tempahan "last minute". Silap-silap memang tak ada bilik langsung.

Bagi yang suka menikmati keindahan alam sekitar, di Pulau Perhentian Kecil ini boleh pergi "hiking" ke Kincir Angin bagi menikmati pemandangan yang memang "superb"! Sudah letih "hiking", boleh berehat sebentar di pantai dibawah Kincir Angin. 




Nak tahu tentang pakej-pakej menarik Pulau Perhentian? Boleh hubungi:

HP: ENSHAHDI @ 016 900 1228
DYANA @ 012 272 7400
EMAIL: ombakresort@gmail.com